Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
                     (A152063)
  • Home
  • My Reflection
  • ASSIGNMENT
  • MY BIODATA

MINGGU KE-14 ( MICROSOFT EXCEL )

12/19/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-14. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-14.

           Pada minggu ini, saya dikehendaki memasukkan data dalam satu fail baru yang mengandungi markah pelajar bagi lapan mata pelajaran utama. Saya dikehendaki menggunakan Microsoft excel untuk menyenaraikan nama pelajar dan markah yang diperolehi oleh pelajar. Secara jujurnya, saya tidak mahir dalam menggunakan Microsoft excel ini. Di dalam tugasan ini, saya telah mempelajari bagai mana ingin mengira jumlah markah keseluruhan dengan cepat iaitu menggunakan formula yang terdapat di dalam Microsoft excel tersebut. Saya juga telah mengetahui bagaimana ingin membuat penggredan markah bagi setiap mata pelajaran yang pelajar perolehi. Selain itu, saya juga telah mengetahui bagaimana ingin membina sebuah graf di dalam Microsoft excel tersebut. Saya juga telah mempunyai pengalaman dalam membina graf dalam Microsoft tersebut. Di samping itu, saya telah mempelajari apa itu formula STDEV iaitu bagi memcari sisihan piawai dalam setiap mata pelajaran. Seterusnya, saya juga telah mendapat ilmu yang baru dimana saya menggunakan formula COUNTIF untuk mendapatkan bilangan pelajar dalam setiap gred bagi setiap mata pelajaran.

          Maka telah banyak ilmu yang saya perolehi dalam tugasan ini untuk dibawa menjadi bekalan bagi menyiapkan tugasan-tugasan yang menggunakan Microsoft excel pada masa akan datang. Ribuan terima kasih kepada Dr. Siti Fatimah kerana sudi mengajar saya serta memberikan ilmu yang sangat berguna pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments

MINGGU KE-13 

12/14/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-13. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-13.

            Sekali lagi saya rasa amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan pada minggu ini iaitu membina sebuah video yang menggunakan Powtoon. Alhamdulillah kerana video sudah dimasukkan kedalam tugasan dan mengharapkan sesiapa yang melihat video tersebut akan memperolehi ilmu yang sangat berguna mengenai tajuk berkenaan iaitu Keselamatan Internet Dan Komputer.

            Berikut adalah refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-13. Semoga ilmu yang dimiliki akan diberkati dan sentiasa diamalkan.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments

MINGGU KE-12 ( MEMBINA VIDEO )

12/8/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-10. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-12.

           Pada minggu ke-12 ini, setelah mengumpul segala maklumat yang ada. Kumpulan kami mula membina sebuah video berdasarkan tajuk kami iaitu Keselamatan Internet dan komputer. Penghasilan video dalam kumpulan kami berdasarkan story board dan skrip yang telah disediakan pada minggu 10. Kumpulan kami telah membina video menggunakan PowToon iaitu sebuah aplikasi bagi membina seduah video.Mengenai video yang kumpulan kami bina, kami telah memasukkan beberapa elemen kedalam video tersebut seperti elemen audio, teks dan sebagainya. Kumpulan kami juga mementingkan konsep casper bagi membina video tersebut. Pada pendapat saya, bagi membina sebuah video adalah perkara yang senang tetapi ia memerlukan ketelitian untuk menyempurnakan setiap slot yang ada dalam video tersebut. Disamping itu, ia memerlukan kreativiti supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami dan memberi ilmu pengtahuan kepada seseorang yang melihatnya.

           Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-12 iaitu membina sebuah video berdasarkan tajuk yang diberikan iaitu Keselamatan Internet Dan Komputer.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi

0 Comments

MINGGU KE-11 (STORY BOARD & SKRIP )

12/3/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-10. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-11.

           Pada minggu ke-11 ini. Kumpulan kami dikehendaki membincangkan elemen-elemen dalam multimedia di forum weebly. Seterusnya kmpulan kami membincangkan story board dan skrip untuk menghasilkan satu video berdasarkan tajuk dalam tugasan 3 iaitu tajuk Keselamatan Internet dan Komputer. Pada minggu ini kumpulan kami telah bersepakat untuk membuat satu video berdasarkan tajuk yang telah kami dapat pada tugasan 3. Pada minggu ini juga kumpulan kami mencari maklumat dan mengumpul maklumat yang sedia ada bagi mengisi maklumat tersebut kedalam video yang akan kumpulan kami bina nanti. Kami mencari maklumat mengenai tajuk kami berdasarkan buku yang telah kami pilih pada minggu-minggu sebelum ini. Kumpulan saya mempunyai 3 buah buku iaitu sabuah buku untuk seorang. Buku yang saya perolehi iaitu bertajuk Teknologi Maklumat. Pelbagai maklumat yang kami perolehi berdasarkan buku masing.

           Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-11 dimana saya membincangkan elemen-elemen dalam multimedia dan story board serta skrip untuk menghasilkan sebuah video.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments

MINGGU KE-10 ( BROSUR )

11/23/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

          Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-10. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-10.

          Pada minggu ini, saya dikehendaki membina satu brosur Microsoft Publisher dan satu brosur menggunakan Microsoft Word. Bagi menyiapkan tugasan ini, bahan yang perlu kami gunakan ialah daripada tajuk tugasan kumpulan kami iaitu Keselamatan Internet dan Komputer. Bagi pengatahuan semua, ini adalah buat pertama kalinya saya membina sebuah brosur. Sebelum ini saya hanya mengetahui apa itu brosur tetapi tidak pernah terfikir bagaimana hendak membinanya. Selain itu, dengan pembelajaran ini barulah saya mengetahui bahawa Microsoft Word dapat digunakan untuk membina brosur. Pada pendapat saya, untuk membina brosur menggunakan Microsoft Publisher mahupun Microsoft Word bukanlah perkara yang susah. Ianya hanya menggunakan kemahiran yang rendah iaitu kemahiran asas. Untuk memasukkan unsur teks, bentuk, imej dan warna tidak memerlukan kemahiran dan pengatahuan yang tinggi. Selain itu, Microsoft Publisher lebih mudah bagi menukar latar blakang brosur berbanding Microsoft Word.

          Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-10 dimana saya dikehendaki membina brosur menggunakan Microsoft Publisher dan Microsoft Word. Semoga ilmu yang dipelajari ini kekal sehingga akhir hayat.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

 

0 Comments

MINGGU KE-9 ( LAPORAN SOAL SELIDIK )

11/23/2014

0 Comments

 

Assalamualaikum w.b.t

          Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-9. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-9.

          Pada minggu ini, saya dikehendaki membuat laporan berdasarkan soal selidik mengenai kajian yang kami lakukan iaitu bertajuk Keselamatan internet dan Komputer. Berdasarkan laporan kajian yang kami buat, kami telah memperolehi pengalaman dan pengetahuan bagaimana ingin menyiakan satu laporan berdasarkan soal selidik yang dijalankan melalui atas talian. Laporan kajian semestinya terdiri daripada pengenalan, objektif kajian, kaedah kajian, dapatan kajian dan juga rumusan kajian. Selain itu, kumpulan kami juga telah mempunyai kemahiran bagi menghurai carta pai berdasarkan analisis kajian.

          Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-9 dimana saya dikehendaki membuat laporan mengenai kajian yang kumpulan kami lakukan. Semoga laporan kajian ini dapat memberi maklumat serta pengetahuan kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

 
 

0 Comments

MINGGU KE 8 ( ANALISIS DATA )

11/10/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

          Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-8. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ini.     
   
          Pada minggu ke-8 ini, kumpulan kami diberi tugasan untuk membuat analisis data mengenai borang soal selidik yang telah kami edarkan. Buat pengatahuan semua, soal selidik kami telah edarkan melalui atas talian. Data yang diterima daripada respondan akan terkumpul dalam google form. Berdasarkan data yang kami terima daripada soal selidik tersebut, secara automatik data yang terkumpul akan dianalisis mengikut jawapan yang diberi oleh respondan bagi setiap soalan. Perkara ini akan memudahkan kumpulan kami kerana data yang terkumpul telah dianalisis secara automatik. 

         Berikut adalah refleksi hasil pembelajaran pada minggu ini. Saya berharap agar memperolehi lebih banyak lagi ilmu mengenai komputer dalam pendidikan.

 Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1



0 Comments

MINGGU KE-7 ( MEMBINA SOAL SELIDIK )

11/1/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-7. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ini.

            Pada minggu ini, saya dan ahli kumpulan dikehendaki menjalankan kajian iaitu membina satu soal selidik. Tajuk kumpulan saya adalah berkaitan dengan topik yang diberikan sebelum ini iaitu “ Keselamatan Internet dan Komputer”. 

           Sebelum ini saya hanya mempunyai pengatahuan membina soal selidik menggunakan Microsoft Word tetapi pada kali ini saya sekumpulan diminta membina soal selidik tersebut menggunakan Google Form. Secara jujurnya saya tidak berkemahiran untuk membina soal selidik menggunakan Google Form. Setelah dibantu dan diajar oleh pensyarah, barulah saya mengetahui bagaimana cara untuk membina soal selidik menggunakan Google Form. Selain itu, ingin saya nyatakan bahawa objektif penyelidikan haruslah dibuat bagi memudahkan kita untuk membina soalan-soalan dalam penyelidikan. 

Objektif penyelidikan :
  1. Mengenalpasti tahap pengatahuan pelajar terhadap keselamatan internet dan komputer
  2. Mengatahui sejauhmanakah kepentingan keselamatan internet dan komputer dalam kalangan pelajar
  3. Mengatahui tahap kemahiran keselamatan internet dan komputer.

            Berikut adalah refleksi hasil pembelajaran pada minggu ini. Terima kasih kepada pensyarah yang banyak memberi pertolongan bagi menyiapkan soal selidik berkenaan tajuk “ Keselamatan Internet dan Komputer ”. Semoga lebih banyak ilmu yang dapat dikongsikan oleh pensyarah kepada kami dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments

MINGGU KE-6 ( GOOGLE DRIVE PRESENTATION DAN CASPER )

10/25/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

            Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-4. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-6.

            Pada imggu ke-6, kumpulan saya dikehendaki membangunkan persembahan (Google Drive) Presentation dengan mengaplikasi konsep CASPER. Setelah siap membuat persembahan (Google Drive) Presentation, kami dihendaki membuat pautan kepada Dr. Siti Fatimah mengenai (Google Drive) Presentation yang telah kami lakukan. Pada mulanya, secara jujurnya saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai CASPER. Daripada hasil pembelajaran, CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang ingin disampaikan. CASPER ini adalah singkatan kepada contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.

            Pada pendapat saya, (Google Drive) Presentation adalah satu aplikasi yang akan memberi banyak kelebihan kepada pelajar. Hal ini disebabkan ia boleh dilayari dimana-mana tempat melalui pelbagai kemudahan rangkaian dan secara tidak lansung membolehkan para pelajar melakukan tugasan (Google Drive) Presentation dimana-mana sahaja.(Google Drive) Presentation ini juga mempunyai persamaan dengan aplikasi yang lain seperti Microsoft Power Point dimana para pelajar melakukan tugasan mengenai perbentangan. Selain itu, (Google Drive) Presentation ini membolehkan para pelajar berkongsi pendapat tentang tugasan yang dibuat. Seterusnya, para pelajar tidak perlu berasa bimbang tentang kehilangan tugasan yang telah dibuat kerana (Google Drive) Presentation tidak sama seperti “pendrive” yang mudah mendapat virus menyebabkan kehilangan tugasan yang dibuat.

            Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-6 dimana saya dikehendaki membangunkan persembahan (Google Drive) Presentation dengan mengaplikasikan konsep CASPER. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari melalui persembahan (Google Drive) Presentation dengan mengaplikasikan konsep CASPER.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1
0 Comments

MINGGU KE-5 ( ENJIN PENCARIAN )

10/18/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

            Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-5. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu  ke-5.     

            Pada minggu ke-5 iaitu tugasan 3 telah dibahagikan secara kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai tiga orang ahli. Pada minggu ini terdapat 8 tajuk yang diberi bagi melakukakn tugasan. Tajuk tugasan saya telah diberikan melalui email pensyarah iaitu pensyarah Dr. Siti Fatimah Bt Mohd Yassin. Tajuk yang diberikan ialah Keselamatan Internet dan Komputer.

            Pada minggu ini juga, saya telah diberi penerangan bagaimana ingin mendapatkan maklumat tentang tajuk yang diberikan. Saya telah diajar bagi menggunakan enjin pencarian melalui langganan UKM dan google Scholar. Dengan menggunakan enjin pencarian google adalah memudahkan pencarian maklumat mengenai tajuk yang diberikan iaitu Keselamatan Internet Dan Komputer. Pelbagai maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada enjin pencarian google. Selain itu, enjin pencarian melalui google scholar sangat membantu saya dalam memcari maklumat mengenai Keselamatan Internet dan Komputer. Google scholar ialah enjin pencarian yang mengkhusus kepada carian teks ilmiah. Akhir sekali saya telah diberi tugasan supaya mencari sebuah buku yang berkenaan dengan tajuk yang dimaklumkan. Setiap seorang mestilah mempunyai satu buku berdasarkan tajuk kumpulan. Saya telah diajar supaya menggunakan enjin pencarian google book bagi mendapatkan buku mengenai tajuk yang diberikan kepada kumpulan.

            Berikut adalah refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-5. Pelbagai ilmu yang dapat saya perolehi daripada pembelajaran tersebut dan secara tidak langsung saya dapat tingkatkan kemahiran dalam mencari sesuatu maklumat menggunakan enjin pencarian iaitu seperti langganan UKM, google scholar dan juga google book.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments
<<Previous

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All

    RSS Feed

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014


Powered by Create your own unique website with customizable templates.