Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
                     (A152063)
  • Home
  • My Reflection
  • ASSIGNMENT
  • MY BIODATA

MINGGU KE-6 ( GOOGLE DRIVE PRESENTATION DAN CASPER )

10/25/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

            Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-4. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-6.

            Pada imggu ke-6, kumpulan saya dikehendaki membangunkan persembahan (Google Drive) Presentation dengan mengaplikasi konsep CASPER. Setelah siap membuat persembahan (Google Drive) Presentation, kami dihendaki membuat pautan kepada Dr. Siti Fatimah mengenai (Google Drive) Presentation yang telah kami lakukan. Pada mulanya, secara jujurnya saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai CASPER. Daripada hasil pembelajaran, CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang ingin disampaikan. CASPER ini adalah singkatan kepada contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.

            Pada pendapat saya, (Google Drive) Presentation adalah satu aplikasi yang akan memberi banyak kelebihan kepada pelajar. Hal ini disebabkan ia boleh dilayari dimana-mana tempat melalui pelbagai kemudahan rangkaian dan secara tidak lansung membolehkan para pelajar melakukan tugasan (Google Drive) Presentation dimana-mana sahaja.(Google Drive) Presentation ini juga mempunyai persamaan dengan aplikasi yang lain seperti Microsoft Power Point dimana para pelajar melakukan tugasan mengenai perbentangan. Selain itu, (Google Drive) Presentation ini membolehkan para pelajar berkongsi pendapat tentang tugasan yang dibuat. Seterusnya, para pelajar tidak perlu berasa bimbang tentang kehilangan tugasan yang telah dibuat kerana (Google Drive) Presentation tidak sama seperti “pendrive” yang mudah mendapat virus menyebabkan kehilangan tugasan yang dibuat.

            Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-6 dimana saya dikehendaki membangunkan persembahan (Google Drive) Presentation dengan mengaplikasikan konsep CASPER. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari melalui persembahan (Google Drive) Presentation dengan mengaplikasikan konsep CASPER.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1
0 Comments

MINGGU KE-5 ( ENJIN PENCARIAN )

10/18/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

            Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-5. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu  ke-5.     

            Pada minggu ke-5 iaitu tugasan 3 telah dibahagikan secara kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai tiga orang ahli. Pada minggu ini terdapat 8 tajuk yang diberi bagi melakukakn tugasan. Tajuk tugasan saya telah diberikan melalui email pensyarah iaitu pensyarah Dr. Siti Fatimah Bt Mohd Yassin. Tajuk yang diberikan ialah Keselamatan Internet dan Komputer.

            Pada minggu ini juga, saya telah diberi penerangan bagaimana ingin mendapatkan maklumat tentang tajuk yang diberikan. Saya telah diajar bagi menggunakan enjin pencarian melalui langganan UKM dan google Scholar. Dengan menggunakan enjin pencarian google adalah memudahkan pencarian maklumat mengenai tajuk yang diberikan iaitu Keselamatan Internet Dan Komputer. Pelbagai maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada enjin pencarian google. Selain itu, enjin pencarian melalui google scholar sangat membantu saya dalam memcari maklumat mengenai Keselamatan Internet dan Komputer. Google scholar ialah enjin pencarian yang mengkhusus kepada carian teks ilmiah. Akhir sekali saya telah diberi tugasan supaya mencari sebuah buku yang berkenaan dengan tajuk yang dimaklumkan. Setiap seorang mestilah mempunyai satu buku berdasarkan tajuk kumpulan. Saya telah diajar supaya menggunakan enjin pencarian google book bagi mendapatkan buku mengenai tajuk yang diberikan kepada kumpulan.

            Berikut adalah refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-5. Pelbagai ilmu yang dapat saya perolehi daripada pembelajaran tersebut dan secara tidak langsung saya dapat tingkatkan kemahiran dalam mencari sesuatu maklumat menggunakan enjin pencarian iaitu seperti langganan UKM, google scholar dan juga google book.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments

MINGGU KE-4 (LMS DAN CMS)

10/11/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Assalamualaikum w.b.tAlhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-4. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran Learning management System (LMS) dan Content Management System (CMS).

            Bagi pengatahuan saya, Learning Management System (LMS) adalah Sebuah aplikasi perisisan untuk laporan dan juga kelas serta aktiviti yang ingin dimaklumkan kepada semua yang terlibat. Learning Management System ditubuhkan untuk memberi kemudahan kepada pelajar dan juga tenaga pengajar malah juga memudahkan kepada semua masyarakat. Learning Management System telah dijalankan secara meluas kepada pelajar dan para pendidik. Pada pendapat saya, Learning Management System ini agak mudah digunakan kerana tahap kemahiran yang diperlukan oleh pengguna hanyalah asas pembelajaran. Learning Management System boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan tidak mempunyai masa yang terhad.

            Mengenai Course management System (CMS) pula, pelbagai maklumat yang dibekalkan dalam System tersebut. Course Management Syetem mempunyai kandungan seperti teks, gambar, muzik, dan juga video. Selain itu, pelbagai lagi kandungan yang terdapat didalam System tersebut. Pada pendapat saya, Course Management System ini juga tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi secara tidak langsung memberi kemudahan kepada kita bagi menggunakannya.

           Berikut adalah refleksi pembelajaran saya mengenai Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS). Semoga pelbagai ilmu lagi yang dapat saya perolehi dan pelajari dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan.  
Sekian, Terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments

MINGGU 1,2,3 ( GOOGLE DRIVE, DROPBOX, WEEBLY )

10/4/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t.

                Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu dari Fakulti Pendidikan dan mengikuti program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi  ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar kerana sudi mengajar saya dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan. Dengan tenaga pengajar yang sedia ada terutama Dr. Siti Fatimah Bt Mohd Yassin yang telah memberi ajaran kepada saya sedikit sebanyak cara menggunakan komputer bermula minggu pertama.

                Pada permulaan kelas iaitu pada minggu pertama, saya berasa agak berdebar untuk memasuki kelas subjek Komputer Dalam Perdidikan kerana saya agak kurang mahir menggunakan komputer tetapi setelah mendengar pencerahan mengenai pengenalan oleh Dr. Siti Fatimah Bt Mohd Yassin, saya mula berasa yakin untuk menggunakan komputer.

                Setelah beberapa minggu yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara mencipta akaun mel elektronik Gmail dengan menggunakan nama penuh saya. Dalam akaun tersebut saya mempelajari untuk membina signature yang perlu mengandungi nama penuh, program yang saya ambil, alamat fakulti dan nombor telefon bimbit. Dengan menggunakan akaun tersebut, saya telah di ajar untuk membuat Google drive, Facebook dan Dropbox. Pelbagai aktivi yang saya dapat lakukan dalam Google drive, Facebook Dropbox. Contohnya seperti penyimpanan data dan fail di dalam Dropbox serta aktiviti perbincangan di dalam Google Drive.  

                Seterusnya, pada minggu berikutnya saya telah mempelajari membina satu website menggunakan weebly dimana username dan password telah diagihkan oleh tutor masing-masing. Dalam website weebly tersebut saya telah belajar bagaimana ingin membuat page dan blog. Dalam membina website ini, saya mengalami kesukaran kerana saya belum pernah mempelajari cara untuk membina website.

                Berikut adalah pelajaran dan pengalaman menggunakan komputer yang dibimbing oleh Dr. Siti Fatimah Bt Mohd Yassin yang banyak memberi tunjuk ajar. Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan.


Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1


0 Comments

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All

    RSS Feed

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014


Powered by Create your own unique website with customizable templates.