Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-10. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-10. Pada minggu ini, saya dikehendaki membina satu brosur Microsoft Publisher dan satu brosur menggunakan Microsoft Word. Bagi menyiapkan tugasan ini, bahan yang perlu kami gunakan ialah daripada tajuk tugasan kumpulan kami iaitu Keselamatan Internet dan Komputer. Bagi pengatahuan semua, ini adalah buat pertama kalinya saya membina sebuah brosur. Sebelum ini saya hanya mengetahui apa itu brosur tetapi tidak pernah terfikir bagaimana hendak membinanya. Selain itu, dengan pembelajaran ini barulah saya mengetahui bahawa Microsoft Word dapat digunakan untuk membina brosur. Pada pendapat saya, untuk membina brosur menggunakan Microsoft Publisher mahupun Microsoft Word bukanlah perkara yang susah. Ianya hanya menggunakan kemahiran yang rendah iaitu kemahiran asas. Untuk memasukkan unsur teks, bentuk, imej dan warna tidak memerlukan kemahiran dan pengatahuan yang tinggi. Selain itu, Microsoft Publisher lebih mudah bagi menukar latar blakang brosur berbanding Microsoft Word. Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-10 dimana saya dikehendaki membina brosur menggunakan Microsoft Publisher dan Microsoft Word. Semoga ilmu yang dipelajari ini kekal sehingga akhir hayat. Sekian, terima kasih. Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan A152063 Fakulti Pendidikan Pendidikan Sukan Dan Rekreasi Kumpulan SR1
0 Comments
Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-9. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-9. Pada minggu ini, saya dikehendaki membuat laporan berdasarkan soal selidik mengenai kajian yang kami lakukan iaitu bertajuk Keselamatan internet dan Komputer. Berdasarkan laporan kajian yang kami buat, kami telah memperolehi pengalaman dan pengetahuan bagaimana ingin menyiakan satu laporan berdasarkan soal selidik yang dijalankan melalui atas talian. Laporan kajian semestinya terdiri daripada pengenalan, objektif kajian, kaedah kajian, dapatan kajian dan juga rumusan kajian. Selain itu, kumpulan kami juga telah mempunyai kemahiran bagi menghurai carta pai berdasarkan analisis kajian. Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-9 dimana saya dikehendaki membuat laporan mengenai kajian yang kumpulan kami lakukan. Semoga laporan kajian ini dapat memberi maklumat serta pengetahuan kepada kita semua. Sekian, terima kasih. Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan A152063 Fakulti Pendidikan Pendidikan Sukan Dan Rekreasi Kumpulan SR1 Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-8. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ini. Pada minggu ke-8 ini, kumpulan kami diberi tugasan untuk membuat analisis data mengenai borang soal selidik yang telah kami edarkan. Buat pengatahuan semua, soal selidik kami telah edarkan melalui atas talian. Data yang diterima daripada respondan akan terkumpul dalam google form. Berdasarkan data yang kami terima daripada soal selidik tersebut, secara automatik data yang terkumpul akan dianalisis mengikut jawapan yang diberi oleh respondan bagi setiap soalan. Perkara ini akan memudahkan kumpulan kami kerana data yang terkumpul telah dianalisis secara automatik. Berikut adalah refleksi hasil pembelajaran pada minggu ini. Saya berharap agar memperolehi lebih banyak lagi ilmu mengenai komputer dalam pendidikan. Sekian, terima kasih. Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan A152063 Fakulti Pendidikan Pendidikan Sukan Dan Rekreasi Kumpulan SR1 Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-7. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ini. Pada minggu ini, saya dan ahli kumpulan dikehendaki menjalankan kajian iaitu membina satu soal selidik. Tajuk kumpulan saya adalah berkaitan dengan topik yang diberikan sebelum ini iaitu “ Keselamatan Internet dan Komputer”. Sebelum ini saya hanya mempunyai pengatahuan membina soal selidik menggunakan Microsoft Word tetapi pada kali ini saya sekumpulan diminta membina soal selidik tersebut menggunakan Google Form. Secara jujurnya saya tidak berkemahiran untuk membina soal selidik menggunakan Google Form. Setelah dibantu dan diajar oleh pensyarah, barulah saya mengetahui bagaimana cara untuk membina soal selidik menggunakan Google Form. Selain itu, ingin saya nyatakan bahawa objektif penyelidikan haruslah dibuat bagi memudahkan kita untuk membina soalan-soalan dalam penyelidikan. Objektif penyelidikan :
Berikut adalah refleksi hasil pembelajaran pada minggu ini. Terima kasih kepada pensyarah yang banyak memberi pertolongan bagi menyiapkan soal selidik berkenaan tajuk “ Keselamatan Internet dan Komputer ”. Semoga lebih banyak ilmu yang dapat dikongsikan oleh pensyarah kepada kami dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan. Sekian, terima kasih. Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan A152063 Fakulti Pendidikan Pendidikan Sukan Dan Rekreasi Kumpulan SR1 |