Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
                     (A152063)
  • Home
  • My Reflection
  • ASSIGNMENT
  • MY BIODATA

MINGGU KE-14 ( MICROSOFT EXCEL )

12/19/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-14. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-14.

           Pada minggu ini, saya dikehendaki memasukkan data dalam satu fail baru yang mengandungi markah pelajar bagi lapan mata pelajaran utama. Saya dikehendaki menggunakan Microsoft excel untuk menyenaraikan nama pelajar dan markah yang diperolehi oleh pelajar. Secara jujurnya, saya tidak mahir dalam menggunakan Microsoft excel ini. Di dalam tugasan ini, saya telah mempelajari bagai mana ingin mengira jumlah markah keseluruhan dengan cepat iaitu menggunakan formula yang terdapat di dalam Microsoft excel tersebut. Saya juga telah mengetahui bagaimana ingin membuat penggredan markah bagi setiap mata pelajaran yang pelajar perolehi. Selain itu, saya juga telah mengetahui bagaimana ingin membina sebuah graf di dalam Microsoft excel tersebut. Saya juga telah mempunyai pengalaman dalam membina graf dalam Microsoft tersebut. Di samping itu, saya telah mempelajari apa itu formula STDEV iaitu bagi memcari sisihan piawai dalam setiap mata pelajaran. Seterusnya, saya juga telah mendapat ilmu yang baru dimana saya menggunakan formula COUNTIF untuk mendapatkan bilangan pelajar dalam setiap gred bagi setiap mata pelajaran.

          Maka telah banyak ilmu yang saya perolehi dalam tugasan ini untuk dibawa menjadi bekalan bagi menyiapkan tugasan-tugasan yang menggunakan Microsoft excel pada masa akan datang. Ribuan terima kasih kepada Dr. Siti Fatimah kerana sudi mengajar saya serta memberikan ilmu yang sangat berguna pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments

MINGGU KE-13 

12/14/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-13. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-13.

            Sekali lagi saya rasa amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan pada minggu ini iaitu membina sebuah video yang menggunakan Powtoon. Alhamdulillah kerana video sudah dimasukkan kedalam tugasan dan mengharapkan sesiapa yang melihat video tersebut akan memperolehi ilmu yang sangat berguna mengenai tajuk berkenaan iaitu Keselamatan Internet Dan Komputer.

            Berikut adalah refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-13. Semoga ilmu yang dimiliki akan diberkati dan sentiasa diamalkan.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments

MINGGU KE-12 ( MEMBINA VIDEO )

12/8/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-10. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-12.

           Pada minggu ke-12 ini, setelah mengumpul segala maklumat yang ada. Kumpulan kami mula membina sebuah video berdasarkan tajuk kami iaitu Keselamatan Internet dan komputer. Penghasilan video dalam kumpulan kami berdasarkan story board dan skrip yang telah disediakan pada minggu 10. Kumpulan kami telah membina video menggunakan PowToon iaitu sebuah aplikasi bagi membina seduah video.Mengenai video yang kumpulan kami bina, kami telah memasukkan beberapa elemen kedalam video tersebut seperti elemen audio, teks dan sebagainya. Kumpulan kami juga mementingkan konsep casper bagi membina video tersebut. Pada pendapat saya, bagi membina sebuah video adalah perkara yang senang tetapi ia memerlukan ketelitian untuk menyempurnakan setiap slot yang ada dalam video tersebut. Disamping itu, ia memerlukan kreativiti supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami dan memberi ilmu pengtahuan kepada seseorang yang melihatnya.

           Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-12 iaitu membina sebuah video berdasarkan tajuk yang diberikan iaitu Keselamatan Internet Dan Komputer.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi

0 Comments

MINGGU KE-11 (STORY BOARD & SKRIP )

12/3/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-10. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-11.

           Pada minggu ke-11 ini. Kumpulan kami dikehendaki membincangkan elemen-elemen dalam multimedia di forum weebly. Seterusnya kmpulan kami membincangkan story board dan skrip untuk menghasilkan satu video berdasarkan tajuk dalam tugasan 3 iaitu tajuk Keselamatan Internet dan Komputer. Pada minggu ini kumpulan kami telah bersepakat untuk membuat satu video berdasarkan tajuk yang telah kami dapat pada tugasan 3. Pada minggu ini juga kumpulan kami mencari maklumat dan mengumpul maklumat yang sedia ada bagi mengisi maklumat tersebut kedalam video yang akan kumpulan kami bina nanti. Kami mencari maklumat mengenai tajuk kami berdasarkan buku yang telah kami pilih pada minggu-minggu sebelum ini. Kumpulan saya mempunyai 3 buah buku iaitu sabuah buku untuk seorang. Buku yang saya perolehi iaitu bertajuk Teknologi Maklumat. Pelbagai maklumat yang kami perolehi berdasarkan buku masing.

           Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-11 dimana saya membincangkan elemen-elemen dalam multimedia dan story board serta skrip untuk menghasilkan sebuah video.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All

    RSS Feed

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014


Powered by Create your own unique website with customizable templates.