Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-10. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-10.
Pada minggu ini, saya dikehendaki membina satu brosur Microsoft Publisher dan satu brosur menggunakan Microsoft Word. Bagi menyiapkan tugasan ini, bahan yang perlu kami gunakan ialah daripada tajuk tugasan kumpulan kami iaitu Keselamatan Internet dan Komputer. Bagi pengatahuan semua, ini adalah buat pertama kalinya saya membina sebuah brosur. Sebelum ini saya hanya mengetahui apa itu brosur tetapi tidak pernah terfikir bagaimana hendak membinanya. Selain itu, dengan pembelajaran ini barulah saya mengetahui bahawa Microsoft Word dapat digunakan untuk membina brosur. Pada pendapat saya, untuk membina brosur menggunakan Microsoft Publisher mahupun Microsoft Word bukanlah perkara yang susah. Ianya hanya menggunakan kemahiran yang rendah iaitu kemahiran asas. Untuk memasukkan unsur teks, bentuk, imej dan warna tidak memerlukan kemahiran dan pengatahuan yang tinggi. Selain itu, Microsoft Publisher lebih mudah bagi menukar latar blakang brosur berbanding Microsoft Word.
Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-10 dimana saya dikehendaki membina brosur menggunakan Microsoft Publisher dan Microsoft Word. Semoga ilmu yang dipelajari ini kekal sehingga akhir hayat.
Sekian, terima kasih.
Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan A152063 Fakulti Pendidikan Pendidikan Sukan Dan Rekreasi Kumpulan SR1