Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-10. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-12.
Pada minggu ke-12 ini, setelah mengumpul segala maklumat yang ada. Kumpulan kami mula membina sebuah video berdasarkan tajuk kami iaitu Keselamatan Internet dan komputer. Penghasilan video dalam kumpulan kami berdasarkan story board dan skrip yang telah disediakan pada minggu 10. Kumpulan kami telah membina video menggunakan PowToon iaitu sebuah aplikasi bagi membina seduah video.Mengenai video yang kumpulan kami bina, kami telah memasukkan beberapa elemen kedalam video tersebut seperti elemen audio, teks dan sebagainya. Kumpulan kami juga mementingkan konsep casper bagi membina video tersebut. Pada pendapat saya, bagi membina sebuah video adalah perkara yang senang tetapi ia memerlukan ketelitian untuk menyempurnakan setiap slot yang ada dalam video tersebut. Disamping itu, ia memerlukan kreativiti supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami dan memberi ilmu pengtahuan kepada seseorang yang melihatnya.
Berikut adalah hasil pembelajaran yang dilakukan pada minggu ke-12 iaitu membina sebuah video berdasarkan tajuk yang diberikan iaitu Keselamatan Internet Dan Komputer.
Sekian, terima kasih.
Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan A152063 Fakulti Pendidikan Pendidikan Sukan Dan Rekreasi