Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
                     (A152063)
  • Home
  • My Reflection
  • ASSIGNMENT
  • MY BIODATA

MINGGU KE-14 ( MICROSOFT EXCEL )

12/19/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-14. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-14.

           Pada minggu ini, saya dikehendaki memasukkan data dalam satu fail baru yang mengandungi markah pelajar bagi lapan mata pelajaran utama. Saya dikehendaki menggunakan Microsoft excel untuk menyenaraikan nama pelajar dan markah yang diperolehi oleh pelajar. Secara jujurnya, saya tidak mahir dalam menggunakan Microsoft excel ini. Di dalam tugasan ini, saya telah mempelajari bagai mana ingin mengira jumlah markah keseluruhan dengan cepat iaitu menggunakan formula yang terdapat di dalam Microsoft excel tersebut. Saya juga telah mengetahui bagaimana ingin membuat penggredan markah bagi setiap mata pelajaran yang pelajar perolehi. Selain itu, saya juga telah mengetahui bagaimana ingin membina sebuah graf di dalam Microsoft excel tersebut. Saya juga telah mempunyai pengalaman dalam membina graf dalam Microsoft tersebut. Di samping itu, saya telah mempelajari apa itu formula STDEV iaitu bagi memcari sisihan piawai dalam setiap mata pelajaran. Seterusnya, saya juga telah mendapat ilmu yang baru dimana saya menggunakan formula COUNTIF untuk mendapatkan bilangan pelajar dalam setiap gred bagi setiap mata pelajaran.

          Maka telah banyak ilmu yang saya perolehi dalam tugasan ini untuk dibawa menjadi bekalan bagi menyiapkan tugasan-tugasan yang menggunakan Microsoft excel pada masa akan datang. Ribuan terima kasih kepada Dr. Siti Fatimah kerana sudi mengajar saya serta memberikan ilmu yang sangat berguna pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All

    RSS Feed

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014


Powered by Create your own unique website with customizable templates.