Assalamualaikum w.b.tAlhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-4. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran Learning management System (LMS) dan Content Management System (CMS).
Bagi pengatahuan saya, Learning Management System (LMS) adalah Sebuah aplikasi perisisan untuk laporan dan juga kelas serta aktiviti yang ingin dimaklumkan kepada semua yang terlibat. Learning Management System ditubuhkan untuk memberi kemudahan kepada pelajar dan juga tenaga pengajar malah juga memudahkan kepada semua masyarakat. Learning Management System telah dijalankan secara meluas kepada pelajar dan para pendidik. Pada pendapat saya, Learning Management System ini agak mudah digunakan kerana tahap kemahiran yang diperlukan oleh pengguna hanyalah asas pembelajaran. Learning Management System boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan tidak mempunyai masa yang terhad.
Mengenai Course management System (CMS) pula, pelbagai maklumat yang dibekalkan dalam System tersebut. Course Management Syetem mempunyai kandungan seperti teks, gambar, muzik, dan juga video. Selain itu, pelbagai lagi kandungan yang terdapat didalam System tersebut. Pada pendapat saya, Course Management System ini juga tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi secara tidak langsung memberi kemudahan kepada kita bagi menggunakannya.
Berikut adalah refleksi pembelajaran saya mengenai Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS). Semoga pelbagai ilmu lagi yang dapat saya perolehi dan pelajari dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan. Sekian, Terima kasih.
Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan A152063 Fakulti Pendidikan Pendidikan Sukan Dan Rekreasi Kumpulan SR1