Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-5. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-5.
Pada minggu ke-5 iaitu tugasan 3 telah dibahagikan secara kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai tiga orang ahli. Pada minggu ini terdapat 8 tajuk yang diberi bagi melakukakn tugasan. Tajuk tugasan saya telah diberikan melalui email pensyarah iaitu pensyarah Dr. Siti Fatimah Bt Mohd Yassin. Tajuk yang diberikan ialah Keselamatan Internet dan Komputer.
Pada minggu ini juga, saya telah diberi penerangan bagaimana ingin mendapatkan maklumat tentang tajuk yang diberikan. Saya telah diajar bagi menggunakan enjin pencarian melalui langganan UKM dan google Scholar. Dengan menggunakan enjin pencarian google adalah memudahkan pencarian maklumat mengenai tajuk yang diberikan iaitu Keselamatan Internet Dan Komputer. Pelbagai maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada enjin pencarian google. Selain itu, enjin pencarian melalui google scholar sangat membantu saya dalam memcari maklumat mengenai Keselamatan Internet dan Komputer. Google scholar ialah enjin pencarian yang mengkhusus kepada carian teks ilmiah. Akhir sekali saya telah diberi tugasan supaya mencari sebuah buku yang berkenaan dengan tajuk yang dimaklumkan. Setiap seorang mestilah mempunyai satu buku berdasarkan tajuk kumpulan. Saya telah diajar supaya menggunakan enjin pencarian google book bagi mendapatkan buku mengenai tajuk yang diberikan kepada kumpulan.
Berikut adalah refleksi hasil pembelajaran pada minggu ke-5. Pelbagai ilmu yang dapat saya perolehi daripada pembelajaran tersebut dan secara tidak langsung saya dapat tingkatkan kemahiran dalam mencari sesuatu maklumat menggunakan enjin pencarian iaitu seperti langganan UKM, google scholar dan juga google book.
Sekian, terima kasih.
Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan A152063 Fakulti Pendidikan Pendidikan Sukan Dan Rekreasi Kumpulan SR1