Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
                     (A152063)
  • Home
  • My Reflection
  • ASSIGNMENT
  • MY BIODATA

MINGGU KE-7 ( MEMBINA SOAL SELIDIK )

11/1/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-7. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran pada minggu ini.

            Pada minggu ini, saya dan ahli kumpulan dikehendaki menjalankan kajian iaitu membina satu soal selidik. Tajuk kumpulan saya adalah berkaitan dengan topik yang diberikan sebelum ini iaitu “ Keselamatan Internet dan Komputer”. 

           Sebelum ini saya hanya mempunyai pengatahuan membina soal selidik menggunakan Microsoft Word tetapi pada kali ini saya sekumpulan diminta membina soal selidik tersebut menggunakan Google Form. Secara jujurnya saya tidak berkemahiran untuk membina soal selidik menggunakan Google Form. Setelah dibantu dan diajar oleh pensyarah, barulah saya mengetahui bagaimana cara untuk membina soal selidik menggunakan Google Form. Selain itu, ingin saya nyatakan bahawa objektif penyelidikan haruslah dibuat bagi memudahkan kita untuk membina soalan-soalan dalam penyelidikan. 

Objektif penyelidikan :
  1. Mengenalpasti tahap pengatahuan pelajar terhadap keselamatan internet dan komputer
  2. Mengatahui sejauhmanakah kepentingan keselamatan internet dan komputer dalam kalangan pelajar
  3. Mengatahui tahap kemahiran keselamatan internet dan komputer.

            Berikut adalah refleksi hasil pembelajaran pada minggu ini. Terima kasih kepada pensyarah yang banyak memberi pertolongan bagi menyiapkan soal selidik berkenaan tajuk “ Keselamatan Internet dan Komputer ”. Semoga lebih banyak ilmu yang dapat dikongsikan oleh pensyarah kepada kami dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan.

Sekian, terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All

    RSS Feed

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014


Powered by Create your own unique website with customizable templates.