Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
                     (A152063)
  • Home
  • My Reflection
  • ASSIGNMENT
  • MY BIODATA

MINGGU KE-4 (LMS DAN CMS)

10/11/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

           Assalamualaikum w.b.tAlhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya masih diberi kesempatan untuk menimbal ilmu dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke-4. Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu daripada Fakulti Pendidikan program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ingin berkongsi tentang refleksi hasil pembelajaran Learning management System (LMS) dan Content Management System (CMS).

            Bagi pengatahuan saya, Learning Management System (LMS) adalah Sebuah aplikasi perisisan untuk laporan dan juga kelas serta aktiviti yang ingin dimaklumkan kepada semua yang terlibat. Learning Management System ditubuhkan untuk memberi kemudahan kepada pelajar dan juga tenaga pengajar malah juga memudahkan kepada semua masyarakat. Learning Management System telah dijalankan secara meluas kepada pelajar dan para pendidik. Pada pendapat saya, Learning Management System ini agak mudah digunakan kerana tahap kemahiran yang diperlukan oleh pengguna hanyalah asas pembelajaran. Learning Management System boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan tidak mempunyai masa yang terhad.

            Mengenai Course management System (CMS) pula, pelbagai maklumat yang dibekalkan dalam System tersebut. Course Management Syetem mempunyai kandungan seperti teks, gambar, muzik, dan juga video. Selain itu, pelbagai lagi kandungan yang terdapat didalam System tersebut. Pada pendapat saya, Course Management System ini juga tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi secara tidak langsung memberi kemudahan kepada kita bagi menggunakannya.

           Berikut adalah refleksi pembelajaran saya mengenai Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS). Semoga pelbagai ilmu lagi yang dapat saya perolehi dan pelajari dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan.  
Sekian, Terima kasih.

Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1

0 Comments

MINGGU 1,2,3 ( GOOGLE DRIVE, DROPBOX, WEEBLY )

10/4/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t.

                Saya Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan pelajar tahun satu dari Fakulti Pendidikan dan mengikuti program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi  ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar kerana sudi mengajar saya dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan. Dengan tenaga pengajar yang sedia ada terutama Dr. Siti Fatimah Bt Mohd Yassin yang telah memberi ajaran kepada saya sedikit sebanyak cara menggunakan komputer bermula minggu pertama.

                Pada permulaan kelas iaitu pada minggu pertama, saya berasa agak berdebar untuk memasuki kelas subjek Komputer Dalam Perdidikan kerana saya agak kurang mahir menggunakan komputer tetapi setelah mendengar pencerahan mengenai pengenalan oleh Dr. Siti Fatimah Bt Mohd Yassin, saya mula berasa yakin untuk menggunakan komputer.

                Setelah beberapa minggu yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara mencipta akaun mel elektronik Gmail dengan menggunakan nama penuh saya. Dalam akaun tersebut saya mempelajari untuk membina signature yang perlu mengandungi nama penuh, program yang saya ambil, alamat fakulti dan nombor telefon bimbit. Dengan menggunakan akaun tersebut, saya telah di ajar untuk membuat Google drive, Facebook dan Dropbox. Pelbagai aktivi yang saya dapat lakukan dalam Google drive, Facebook Dropbox. Contohnya seperti penyimpanan data dan fail di dalam Dropbox serta aktiviti perbincangan di dalam Google Drive.  

                Seterusnya, pada minggu berikutnya saya telah mempelajari membina satu website menggunakan weebly dimana username dan password telah diagihkan oleh tutor masing-masing. Dalam website weebly tersebut saya telah belajar bagaimana ingin membuat page dan blog. Dalam membina website ini, saya mengalami kesukaran kerana saya belum pernah mempelajari cara untuk membina website.

                Berikut adalah pelajaran dan pengalaman menggunakan komputer yang dibimbing oleh Dr. Siti Fatimah Bt Mohd Yassin yang banyak memberi tunjuk ajar. Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan.


Wan Hafiz Syazwan Bin Wan Mazlan
A152063
Fakulti Pendidikan
Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Kumpulan SR1


0 Comments
Forward>>

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All

    RSS Feed

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014


Powered by Create your own unique website with customizable templates.